Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kalaulah

Puisi
 

Kalaulah sudah pergi ke paya,
     Marilah kita pergi ke hulu;
Kalau sudah seia sekata,
     Marilah kita berjumpa ibu.


Lihat selanjutnya...(42)

Pantun

PantunSumberTema
Kalaulah jalan selalu rosak, Siapa lewat akan terhalang; Kalau berkawan terlalu tamak, Semua sahabat akan menghilang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kalaulah hendak membeli kain, Belilah kain yang tahan cuci; Kalau awak menjadi pemimpin, Jadilah pemimpin menahan uji.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kalaulah sudah merenda kain, Cubalah buat kebaya panjang; Kalau derhaka pada pemimpin, Binasa umat dilanda perang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kalaulah luka terlalu besar, Darah keluar mata pun gelap; Kalau orang tua berlaku kasar, Dosanya besar mati pun azab.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kalaulah labu dibawa bermain, Di manakah sempat lagi dipetik; Kalau rindu pada yang lain, Di manakah sempat bersua adik.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Kalaulah berjaja pecah belah, Pandai menjaga takkan hilang; Kalau bekerja suka berkelah, Sampailah tua tidakkan senang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kalaulah berkala pecah belah, Bila terhantuk pecah berterabur; Kalau bekerja suka berlengah, Nama kan buruk anak kebulur.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kalaulah cukup membawa beras, Hendak berlauk carilah ikan; Kalau hidup bekerja keras, Tidakkan suntuk mencari makan.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kalaulah cukup membawa beras, Ada rezeki dapat menggulai; Kalau hidup bekerja keras, Usaha menjadi niat pun sampai.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kalaulah cukup membawa beras, Ada rezki dapat menggulai; Kalau hidup bekerja keras, Usaha menjadi niat pun sampai.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
12345678910

Kembali ke atas