Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.li.ka.li] | کالي٢

Definisi : daftar hasil darab yg tersusun, sifir; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.li.ka.li] | کالي٢

Definisi : daftar bilangan yg digandakan berturut-turut (spt 3x1, 3x2, 3x3, 3x4); sifir. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kali-kali

Puisi
 

Dua kali landak memanah,
     Terkena pula buah durian;
Dua kali turun ke tanah,
     Bertemu mulut kita janjian.


Lihat selanjutnya...(26)
Peribahasa

Sekali bekas kena,
     dua kali bekas tahu,
tiga kali baru jera.

Bermaksud :

Sekali terkena tipu, kedua kali sudah tahu.

 

Lihat selanjutnya...(36)


Pantun

PantunSumberTema
Masak nasi dua kali mentah, Dua kali alih tungku; Dapat batu intan bertatah, Batu delima terbuang lalu.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Pucuk kali mengikat tangga, Tangga disirat lima enam bulan; Pujuklah hati memandang janda, Janda baru beranak seorang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Dua kali jagung berbuah, Melilit mari batang padi; Tidak kutakut terkena marah, Syukur kudapat si jantung hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Dua kali bayam berpucuk, Labu manis lata-melata; Dua kali ayam berkokok, Hitam manis bercerailah kita.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Dua kali melangkah batang, Jalan menurun menuju gubuk; Dua kali fitnah datang, Santan diminum jadi mabuk.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Dua kali landak memanah, Terkena pula buah durian; Dua kali turun ke tanah, Bertemu mulut kita janjian.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Dua kali ke Pulau Pinang, Putus tali sampan mengangguk; Dua kali saya terkenang, Air diminum terasa mabuk.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Dua kali ke Pulau Pinang, Putus sampan tali melambuk; Dua kali hati terkenang, Pati santan diminum mabuk.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Dua kali ke Pulau Pinang, Air laut pasang tenangan; Dua kali abang terkenang, Air mata jatuh berlinangan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalau sekali membeli madu, Dua kali ditimpa sambang; Kalau sekali memberi malu, Dua kali ditimpa hutang.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
12345

Kembali ke atas