Ke bendanglah kami, Tidak berhuma lagi; Apa dipandang kepada kami, Kami tidak berguna lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Jangan disumpit pelanduk kami, Pelanduk kami sudah berpagar; Jangan diikat si pantun kami, Pantun kami baru belajar. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Ya Allah ya Tuhan kami, Nabi Muhammad penghulu kami; Kitab Quran iman kami, Kaabatullahlah kiblat kami. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kami tidak tidur ke Binjau, Kami takut tidur terlena; Kami tidak main terjujai, Kami takut badan terkena. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Ke seberang kami dahulukan, Melihat jejati olongan kami; Berperang kami dahulukan, Mana yang mati tanggungan kami. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
Belajar baca rumi; Belajar kira-kira, Restu hidup kami, Hidup kami gembira. | Pantun Melayu Sarawak | Kiasan |
Bukan kami menali sutera, Benang tali di atas batang; Bukan kami bernyanyi suka, Kami terkenang kepada abang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kami melawat Kalimantan Barat, 17 Ogos Indonesia merdeka; Sedang jauh terasa dekat, Kini baru bersua muka. | Pantun Melayu Sarawak | Serumpun Senada |
Kami hendak merawat tua, Pakai baju kasa-kasa; Suami hendak beristeri dua, Biar saja, dia kan rasa. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Kami dipindah ke Kem Seberang, Cukup makan cukup kenyang; Kini aku tinggal seorang, Saudara Malaysia saudara penyanyang. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |