Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kampung-

Puisi
 

Makan nasi ulamnya jantung,
     Jantung ada atas meja;
Saya malas orang kampung,
     Orang kampung soalkan belanja.


Lihat selanjutnya...(102)
Peribahasa

Gajah masuk kampung,
     kalau kayu (= pohon) tak tumbang,
rumput layu juga.

Bermaksud :

Orang yang berkuasa dapat berbuat sekehendak hatinya dalam lingkungan orang lemah (orang kecil).

 

Lihat selanjutnya...(11)

135

Squeezed between the devil and the deep blue sea

Berada dalam dilemma untuk membuat pilihan kerana kedua-dua pilihan yang ada tetap akan mendatangkan masalah.

Lalu hangus, surut layu

The volcanic mud that gushed out from the underground has devoured the whole village. In a desperate move to save the village, the government decided to divert the mud flow to the nearby sea. But the action caused an uproar among the fisherman who worried

Lumpur gunung berapi yang memancut keluar dari perut bumi telah menenggelamkan seluruh kampung. Untuk menyelamatkan kampung itu, kerajaan telah mengambil langkah terakhir untuk mengalihkan lumpur itu ke arah laut yang berhampiran.Namun tindakan ini telah menimbulkan kekecohan dalam kalangan nelayan yang bimbang periuk nasi mereka akan terjejas. Keadaan ini membuatkan kerajaan berasa serba salah kerana hendak lalu hangus, surut layu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(19)

Pantun

PantunSumberTema
Tanam padi di hulu kampung, Kampung ada di tepi pantai; Cari senapang letak di kampung, Jangan buah dimakan tupai.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Kampung Bandarsah baru, Kampung baru, Ketiga dengan Mataim, Kampung Mataim, Biar basah baju, kain dan baju, Kami tidak lain, mencari lain.Pantun Melayu SarawakBergendang
Makan nasi ulamnya jantung, Jantung ada atas meja; Saya malas orang kampung, Orang kampung soalkan belanja.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kampung Tupung Seman, Panglima Seman, Tempat berlabuh dagang, perahu dagang; Peluk tubuh demam, rasa nak demam, Baru tahu seorang, badan seorang.Pantun Melayu SarawakBergendang
Kampung Seniawan bermuka batu, Tempat Kak Bedah mandi di perigi; Hati kami terlalu rindu, Rasa nak ikut awak pergi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kampung Kayang dulunya kota, Tempat singgah anak juragan; Di kiri sayang di kanan cinta, Abang di tengah mati meragan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak Cina dari seberang, Rama-rama di pohon turi; Saya datang ke kampung orang, Manalah sama kampung sendiri.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Di Kampung Hulu banyak temu, Tumbuh bersepah merata-rata; Adakah tahu nasib temanmu, Sentiasa berendam airnya mata.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Tebing Tinggi kampung ternama, Nampak dari Kuala Segamat; Bila teringat budi yang lama, Berubah hati berdebar semangat.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Anak merak Kampung Cina, Singgah berhenti kepala titi; Emas perak kebesaran dunia, Budi bahasa tak dapat dicari.Kurik Kundi Merah SagaBudi
12345678910...

Kembali ke atas