Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kapas-kapas

Puisi
 

Pohon kapas dibaling-baling,
     Tersangkut kaca koyak seluar;
Melintas dara sambil menjeling,
     Terbeliak mata macam nak keluar.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Seperti kapas dimakan api.

Bermaksud :

Kebinasaan yang sangat cepat.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Pantun

PantunSumberTema
Kapas-kapas bertali benang, Lepas benang bertali kain; Sudah lepas jangan dikenang, Sama-sama mencari lain.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kain kapas kain sutera, Sutera merah lukisan Ayu; Jadi tatapan anak Negara, Putera sejati anak Melayu.Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Pohon kapas dibaling-baling, Tersangkut kaca koyak seluar; Melintas dara sambil menjeling, Terbeliak mata macam nak keluar.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Cari kapas hutan Merlimau, Padam api tinggal bara; Kalau lepas mulut rimau, Tempuh lalang takut juga.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Sudah kapas menjadi benang, Sudah benang menjadi kain; Sudah lepas jangan dikenang, Sudah jadi orang lain.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Nyiur kapas di sudut rumah, Bunga ke mana dilonggokkan; Abanglah lepas dari rumah, Adiklah gila dimabukkan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Asal kapas menjadi benang, Sudah benang menjadi kain; Barang lepas jangan dikenang, Sudah jadi orang lain.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kain sutera kain kapas, Kain bertabur mawar merah; Dalam hati haran tak lepas, Tunggul dipandang terbayang wajah.Pantun Melayu SarawakKasih
Katil dihias kain kapas, Kain nipis berbayang-bayang; Dalam tangan lagi terlepas, Inikan pula berkasih sayang.Pantun Melayu SarawakKasih
Sinangan balai batang kapas, Ramai orang pasar tua; Anak menuang laut lepas, Tergadai si emak tua.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
12

Kembali ke atas