Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kari

Puisi
 

Buah berangan dimasak kari,
     Mari masak bersama lada;
Sapu tangan campak ke mari,
     Untuk menyapu air mata.


Lihat selanjutnya...(13)

Pantun

PantunSumberTema
Sejak belanga berisi kari, Banyaklah lalat mencuri lauk; Sejak buaya jadi menteri, Banyaklah umat menjadi beruk.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Orang berjamu lauknya kari, Nasi ditanak di pangkal sena; Orang berilmu bijak bistari, Bukanlah layak orang yang hina.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Buah berangan dimasak kari, Mari masak bersama lada; Sapu tangan campak ke mari, Untuk menyapu air mata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kicap dalam tong, Cawan penuh kari; Cakap selalu bohong, Kawan banyak lari.Pantun Melayu SarawakNasihat
Cekur manis separuh hidup, Masaklah kari berganti-ganti; Jangan ditangis cerai hidup, Lepas seorang berdua ganti.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Minyak bijan minyak kasturi, Minyak lembu dimasak kari; Banyak bidang aku ceburi, Banyak liku banyak duri.Pantun Melayu SarawakNasihat
Kalau udang dibuat gulai, Daging rusa dimasak kari; Kalau wang jadi pemakai, Budi bahasa pengiring diri.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Rebus ketupat dalam kuali, Apa kuahnya rendang kari; Orang bersahabat di sana sini, Tidak luput harumnya di hati.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Kalau tuan gatih basikal, Buah berangan dimasak kari; Kalau tuan kasih kekal, Sapu tangan campak ke mari.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalau ada selasih dani, Ubi keledek masak kari; Kalau tuan ingatkan kami, Kain batik beri ke mari.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas