Jangan suka mematah pagar, Patah pagar kaki terpuruk; Jangan suka berkata kasar, Kata kasar budinya buruk. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kain kasar kain dibeli, Masuk berniaga negeri Jawa; Kisar di kanan gigit di kiri, Salah timbang kecewa juga. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Adat Melayu pantang berkasar, Berlaku kasar sifatnya iblis; Jahatlah laku orang pengingkar, Berlaku ingkar adat terkikis. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Taat anak ke ibu bapak, Pantang sekali berlaku kasar; Adat tegak tuahnya nampak, Lapang hati malu bertengkar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Taat Melayu ke ibu bapa, Pantang sekali bercakap kasar; Adat berguru mau disapa, Berlapang hati bersikap benar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Cincin perak permata baiduri, Selang dengan intan berlian; Kain kasar dalam duri, Takut koyak tarik perlahan. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Dari Makasar pergi Palembang, Lalu di Embun Majapahit; Sungguh kasar kain jarang, Kalau ditenun jadi baik. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Apa diharap padi di paya, Padi di paya buahnya kasar; Apa diharap pada saya, Saya sudah burung di sangkar. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Apabila duduk di tengah pasar, Banyak berjumpa sahabat handai; Apabila mulut berkata kasar, Rosaklah nama jahat perangai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Apabila duduk di tengah pasar, Tersalah duduk diinjak orang; Apabila mulut berkata kasar, Kepala terpesuk dilantak orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |