Dapat seekor ikan tenggalan, Lalu ditaruh di atas peti; Saudara-mara dapat berkenalan, Bertambah mesra kasih di hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Lalu ditaruh di atas peti, Terpandang oleh anak Cina; Bertambah mesra kasih di hati, Bolehlah berjalan ke mana-mana. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Selasih meruap-ruap, Anak tempua terbang ke Jeddah; Kasih boleh dibuat-buat, Hendak mesra bukannya mudah. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Tetak mengkuang paras mengkuang, Habis ditetak dimakan kambing; Hendak buang tidak terbuang, Sudah mesra darah daging. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Nanas halwa pisang salai, Hidangan kali pertama dara; Hasrat kecewa cinta terkulai, Ingatan mesra tetap ada. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Cumi menunggang kuda-kuda, Ibu menyulam kain sutera; Suami baik selalu waspada, Isteri dibelai dengan mesra. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Nak ruang tidak teruang, Benang sutera di dalam buluh; Hendak buang tidak terbuang, Sudah mesra di dalam tubuh. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |