Orang beradat hatinya belas, Kasihan kepada fakir dan miskin; Membuang adat pekerti buas, Dengan saudara lenjin-melenjin. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Anak Damak dalam hutan, Hendak menyumpit di tengah hari; Alangkah sedih serta kasihan, Sedangkan bertunang haram tak jadi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Ulam raja namanya sayur, Rasanya sedap bukan kepalang; Dalam jaga serasa tidur, Kerana mengharap kasihan orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Beli tin ke Kota Batu, Kelapa muda tidak berminyak; Sudah miskin dagang piatu, Minta kasihan orang banyak. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Elok tombak kerana disepuh, Disepuh dengan baja pilihan; Elok anak kerana diasuh, Diasuh dengan belas kasihan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Cendawan tumbuh di atas awan, Tumbuh sekali di atas bilah; Cuba-cubalah bagai cendawan, Untung selamat kasihan Allah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Sayang Nek Siti zaman Nek Siti, Nek Siti berjalan terhayun-hayun; Abang berbudi saya berbudi, Kerana budi terasa kasihan. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |