Kati-kati dalam perahu, Anak punai merah matanya; Luka hati siapakan tahu, Luka tangan tampak darahnya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Cendawan dijual berkati-kati, Buah kundur, niji kopi; Tuan selalu di dalam hati, Dalam tidur termimpi-mimpi. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Hendakku raut juga, kuraut juga, Ikan parang kati, jual berkati; Hendak kusahut juga, ku sahut juga, Takut Mak Gendang hati, berkecil hati. | Pantun Melayu Sarawak | Bergendang |
Bukan gaharu tumbuh sebatang, Dijual orang berkati-kati; Bukan tak tahu kekasih orang, Cinta bersemadi di dalam hati. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Dari hulu orang berkayuh, Berjaja itik beribu kati; Dari dahulu abang menjauh, Di manakan adik mahu menanti. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Hanyut kayu dari bukit, Dari gunung berkati-kati; Segunung budi bukan sedikit, Tidak tertanggung sampai ke mati. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Pergi seberang berangan-angan, Membeli ikan ditimbang kati; Banyak orang melarang jangan, Saya seorang mengikut hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Cik Ani menahan pukat, Dapat ikan berkati-kati; Kalau hati sudah terpikat, Tak dapat lagi ditukar ganti. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kayuh sampan sampai ke jati, Punggah barang berkati-kati, Bila sampai hajat di hati, Baru kupulang menabur bakti. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Ada satu burung tiung, Turun ke kolam mandikan anak; Bukankah baik beli borong, Timbang kati untung tak banyak. | Kurik Kundi Merah Saga | Perniagaan |