Rosak kerat binasalah kayu, Kayu binasa bahan terbuang; Rosak adat binasa Melayu, Melayu binasa dihinakan orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Sakit sungguh memotong kayu, Kayu yang hidup dimakan api; Sakit sungguh menanggung rindu, Daripada hidup biarlah mati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Janganlah suka menebang kayu, Kayu di rimba banyak manfaatnya; Janganlah hamba abang rayu, Merayu hamba banyak syaratnya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Kayu selipat kayu di paya, Kayu mempayan condong ke padi; Keempat-empat muda sebaya, Ada seorang jatuh hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kayu pulai kayu kelapa, Tinggal keduduk kait-kait; Saya tinggal tidak mengapa, Awak duduk baik-baik. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Kayu senduk kayu jati, Mari letak atas permatang; Nasi sejuk sudah basi, Nantikan tuan lambat datang. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Kayu jelutung kayu di rimba, Mati bertimpa kayu kelat; Sudah untung kita berdua, Umpama ikan dalam belat. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Belian kayu hutan, Kayu paling tahan; Syaitan perosak iman, Musnah kehidupan. | Pantun Melayu Sarawak | Budaya |
Sakit menebang kayu gerumang, Kayu hidup dimakan api; Sakit menumpang kekasih orang, Badan hidup terasa mati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Racik-racik kayu cendana, Kayu kira di dalam puan; Wahai cik adik abang nak tanya, Boleh tak kita berjual pantun. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |