Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kayunya


Pantun

PantunSumberTema
Padang rumput jarang kayunya, Di sana banyak puyuh bersarang; Orang takut pantang dianiaya, Supaya tidak dimusuhi orang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Bagaimana orang hendak beramu, Kayunya tidak ada yang kuat; Bagaimana abang hendak bercumbu, Adinda tidak pernah mendekat.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Sungguh molek batang ketakal, Kayunya lebar durinya merah; Sungguh elok orang berakal, Lakunya sabar hatinya murah.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Bagaimana dahan takkan patah, Bila kayunya dimakan ulat; Bagaimana iman tidakkan goyah, Bila mahu berkawan penjahat.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Tentu batangnya tampak lurus, Kerana kayunya sudah dibuang; Tentu abang tak nampak kurus, Kita bertemu sakitku hilang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Baik urat elok batangnya, Elok batang kayunya rampak; Baik adat elok orangnya, Elok orang ilmunya banyak.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Apa tanda tiang belebat, Dibuka dinding ada kayunya; Apa tanda orang beradat, Dibawa berunding mulia lakunya.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Janganlah naik ke atas atap, Di atas kayunya lapuk; Jangan adik terlepas cakap, Terlepas cakap kita beramuk. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Jangan lah naik ke atas atap, Di atas atap kayunya lapuk; Jangan adik terlepas cakap, Terlepas cakap kita beramuk.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas