Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ke dalam

Puisi
 

Sudah melompat ke dalam kolah,
     Kolah itu bernama perigi;
Saya tidak berhati resah,
     Sebab kita sudah berjanji.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Hendak dimasukkan ke dalam sumpit tak maut;
     ke dalam keranjang longgar.

Bermaksud :

Sesuatu yang tidak sempurna menyebabkan keadaan menjadi sukar.

 

Lihat selanjutnya...(44)

276

Don't jump from the flying pan into the fire

Setelah terlepas daripada bahaya, janganlah terjebak pula ke dalam bahaya yang lebih besar.

Dari lecah, lari ke duri

She ran way with her two kids from her husband who was an incorrigible drunk to be witah a man whom she trusted. But it seemed that she had jump from the flying pan into the fire when she ended up being beaten while her children were kidnapped.

Dia lari meninggalkan suaminya yang kaki botol itu dengan dua anak kecilnya untuk bersama seorang lelaki yang dipercayainya. Dia akhirnya dibelasah, dan anaknya pula diculik. Inilah yang dikatakan, terlepas dari lecah, lari ke duri

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(45)

Pantun

PantunSumberTema
Apa dijeruk belimbin, asam belimbin, Kurang masin garam, tambahkan garam; Apa dijenguk dindin, di luar dindin, Kalau sudi ke dalam, masuk ke dalam.Pantun Melayu SarawakBergendang
Sudah melompat ke dalam kolah, Kolah itu bernama perigi; Saya tidak berhati resah, Sebab kita sudah berjanji.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalau mengutip buah saga, Jangan dibuang ke dalam kolong, kalau hendak maju berniaga, Jangan terikat dengan Along.Pantun Melayu SarawakBerniaga
Anak elang mati terkejut, Hilang campak ke dalam paya; Awaklah sayang hati terpaut, Orang menolak apalah daya.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bila meniup bara api, Campakkan arang ke dalam abu; Bila hidup tiada berbudi, Banyaklah orang jadi seteru.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Adapun hajat sebenar hajat, Yakin sampai ke dalam kalbu; Adapun adat sebenar adat, Makin dipakai semakin baru.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Besar kayu kerana uratnya, Urat menghunjam ke dalam tanah; Besar Melayu kerana adatnya, Adat resamnya membawa berakah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Dapat itik baru beranak, Anak tercebur ke dalam kuali; Teringat adik dadaku sesak, Awak menegur tidak berani,Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Buah macang setangkai lebat, Jatuh mari ke dalam padi; Kalau putus tali penambat, Dia pulang tak balik lagi.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Ikan haruan dipanggang tenggiri, Mari masuk ke dalam perahu; Jangan tuan menghina diri sendiri, Sama saja badan berbau.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
12345678910...

Kembali ke atas