Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sana (kata tugas)
Bersinonim dengan situ, sanan, nun, jauh, sayup, saujana, senun;,
Kata Terbitan : di sana, ke sana, kesanakan,

Puisi
 

Dari sana hendak ke sini,
     Sampai ke sini melipat kain;
Telah masak macang kuini,
     Kulit sama rasanya lain.


Lihat selanjutnya...(5)

Pantun

PantunSumberTema
Ke sana sini menarik rantau, Ikan belanak ikan tenggiri; Begini nasib dagang merantau, Makan sesuap kenyang sehari.Pantun Melayu SarawakPerantau
Besar kayu kerana uratnya, Urat berjela ke sana sini; Besar Melayu kerana adatnya, Adat setia kepada janji.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Besar kayu kerana uratnya, Urat berjela ke sana sini; Besar Melayu kerana adatnya, Adat kasih sayang-menyayangi.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Jatuh bangkit orang berburu, Mengejar kijang ke sana sini; Tubuhku sakit tulang pun ngilu, Mendengar abang sudah berbini.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Adik manis memakai tudung, Berbaju tebal menahan dingin; Tidak berilmu ibarat gelembung, Ke sana sini membawa angin.Pantun Melayu SarawakIlmu
Meluap ke sana meluap ke sini, Korek tanah korek lombing, Supa ke sana suap ke sini, Kontrak tak dapat kocek kosong.Pantun Melayu SarawakKiasan
Ke sana bukit sayang, ke sini bukit, Tengah-tengah berduri sayang, pokok berduri; Ke sana sakit sayang, ke sini sakit, Ke mana tempat diri, kubawa diri.Pantun Melayu SarawakBergendang
Ke sana gunung di sini gunung, Tengah-tengah pohon melati; Ke sana bingung di sini bingung, Siapa dikenang di dalam hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Dari sana hendak ke sini, Sampai ke sini melipat kain; Telah masak macang kuini, Kulit sama rasanya lain.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Ke sini tasik ke mari padang, Tempat pandan tumbuh mencelah; Di sini kasih di sana sayang, Terbuang badan sama tengah.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas