Perahu kecil belayar ke tepi, Makin ke tepi makin dalam; Tidur malam jangan dimimpi, Kalau dimimpi bertambah dendam. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau belayar sampai ke tepi, Makin ke tepi bertambah dalam; Kalau tidur berasa mimpi, Sedar-sedar bertambah dendam. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Tanjung ke tepi tanjung, Membawa roman segenggam arang; Berkampung kita berkampung, Menengok kumbang singgah sekarang. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Sampai ke tepi terkena duri, Duri dibuang sakit pun hilang; Kalau ayah tidak memberi, Adik hendak mengikut abang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Tuk Merah ke tepi paya, Jangan ceku buat pepedak; Mengapa abang marahkan saya, Sekali tegur sekali tidak. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Airlah surut sampan tersekat, Kerana ke tepi ketika pasang; Hatiku hanyut badan melarat, Kerana kekasih lama tak datang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Lancang tenggelam kita berenang, Sampai ke tepi terkena duri; Boleh abang masuk meminang, Takut ayah tidak memberi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Waktu menteri berkain sarung, Kaki terantuk ke tepi meja; Begitu isteri bermain serong, Laki terduduk berputih mata. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Sungguh elok memasang pukat, Memasang pukat dekat ke tepi; Sungguh elok orang nan nekad, Orang nan nekad cepat mati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Anak beruk di kayu rendang, Meniti turun ke tepi paya; Hodoh buruk di mata orang, Cantik manis di mata saya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |