Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.dah] | کده

Definisi : terbuka lebar (mulut), ternganga (mu­lut), terkangkang (kaki); mangkuk ~ mang­kuk yg bermulut lebar dan bertutup. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.dah] | کده

Definisi : negeri di barat daya Semenanjung, keluasan 9479 km2, Alor Setar sbg ibu negeri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kedah

Puisi
 

Orang Kedah hilir berdikir,
     Sapu tangan bungkuskan bunga;
Apa sudah duduk berfikir,
     Lepas tangan orang punya.


Lihat selanjutnya...(14)

Pantun

PantunSumberTema
Orang Kedah timbang neraca, Seperti dacing negeri Kelantan; Kalau sudah nasib kaca, Terikat di cincin dikata intan.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Orang Kedah hilir berdikir, Sapu tangan bungkuskan bunga; Apa sudah duduk berfikir, Lepas tangan orang punya.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Dari Kedah orang berdagang, Rasa nak nangguk rasanya tidak; Pintu terdedah sampai ke siang, Rasa nak masuk rasanya tidak.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Dari Kedah ke Tanah Liang, Tinggi pasir Kuala Patani; Pintu terdedah sampai siang, Apa taksir pada kami.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Dijual oleh anak Kedah, Banyak terdapat di kedai Jamilah; Gagah tampan menyusun langkah, Tidak tercucuk jarum sebilah.Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Ombak Tsunami melanggar Kedah, Ayam itik lari ke hutan; Ranap rumah ranap sekolah, Musnah segala sumber kehidupan.Pantun Melayu SarawakAgama
Pulau Pasir takluk Kedah, Kulit siput di muka pintu; Peluk leher cium penyudah, Perkara laut tidak menentu.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Dari Perlis pergi ke Kedah, Hendak membeli buah papaya; Jikalau kekasih berpaling tadah, Hendak berbalik tidak upaya.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Dari Acheh belayar ke Kedah, Beli kurau dengan senangin; Orang berkasih bukan mudah, Umpama wau mencari angin.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bukit Kalong jalan ke Kedah, Tempat orang menumpang lalu; Minta tolong kepada Allah, Nak ambil juga pelepas malu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas