Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kedidi

Puisi
 

Burung kedidi terbang ke pantai,
     Terbang mari berkawan-kawan;
Ingin nak petik buah di tangkai,
     Takut pula rosak sedahan.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Laksana kedidi: sedikit hujan banyak bermain.

Bermaksud :

Suka membesar-besarkan perkara yang kecil.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

PantunSumberTema
Burung kedidi burung kelicap, Makan nisan kelopak jantung; Suruh Nabi bawa mengucap, Pada Allah tempat bergantung.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Burung kedidi terbang ke pantai, Terbang mari berkawan-kawan; Ingin nak petik buah di tangkai, Takut pula rosak sedahan.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Burung kedidi terbang ke pantai, Deras jantan dari betina; Sebab sebiji rosak setangkai, Selalu diranggah apa guna?Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Selama mendapat kedidi lubuk, Tidak berguna balam di rumah; Selama mendapat bini gemuk, Tidak berguna tilam di rumah.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kalau hendak memikat kedidi, Anak beruk mari dikandang; Kalau ikhlas hendak berbudi, Helah jangan ke lain menyimpang.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Burung pipit burung kedidi, Hinggap di pokok di tepi sawah; Jika hidup tidak berbudi, Ibarat pokok tidak berbuah.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Anak ungka terbang cepat, Anak kedidi berjalan sedepa; Bukan senang mencari sahabat, Sahabat berbudi sukar dijumpa.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Tasik Cini airnya tenang, Tempat kedidi selalu terbang; Hamba kini dalam bimbang, Akibat janji dilupai orang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak serati ditangkap musang, Anak kedidi lari melompat; Dalam hati terasa bimbang, Orang yang dicari belum dapat.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Burung meruk jual di pekan, Sayang kedidi patah kaki; Buah mabuk burung tak makan, Batang berduri orang tak daki.Pantun Melayu SarawakNasihat
12

Kembali ke atas