Burung kedidi burung kelicap, Makan nisan kelopak jantung; Suruh Nabi bawa mengucap, Pada Allah tempat bergantung. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Burung kedidi terbang ke pantai, Terbang mari berkawan-kawan; Ingin nak petik buah di tangkai, Takut pula rosak sedahan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Burung kedidi terbang ke pantai, Deras jantan dari betina; Sebab sebiji rosak setangkai, Selalu diranggah apa guna? | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Selama mendapat kedidi lubuk, Tidak berguna balam di rumah; Selama mendapat bini gemuk, Tidak berguna tilam di rumah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kalau hendak memikat kedidi, Anak beruk mari dikandang; Kalau ikhlas hendak berbudi, Helah jangan ke lain menyimpang. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Burung pipit burung kedidi, Hinggap di pokok di tepi sawah; Jika hidup tidak berbudi, Ibarat pokok tidak berbuah. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Anak ungka terbang cepat, Anak kedidi berjalan sedepa; Bukan senang mencari sahabat, Sahabat berbudi sukar dijumpa. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Tasik Cini airnya tenang, Tempat kedidi selalu terbang; Hamba kini dalam bimbang, Akibat janji dilupai orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Anak serati ditangkap musang, Anak kedidi lari melompat; Dalam hati terasa bimbang, Orang yang dicari belum dapat. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Burung meruk jual di pekan, Sayang kedidi patah kaki; Buah mabuk burung tak makan, Batang berduri orang tak daki. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |