Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; mengeduduki menduduki, men­diami; ®duduk I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keduduk I

Puisi
 

Tanam keduduk di tepi rimba,
     Pukul pahat dalam padi;
Sungguhnya duduk bertindih riba,
     Jalan jahat jangan sekali.


Lihat selanjutnya...(23)

Pantun

PantunSumberTema
Hijau keduduk di tanah paya, Hijau kelalap di tanah rendah; Kalau duduk di bawah-bawah, Kalau bercakap merendah-rendah.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Daun keduduk berbelang-belang, Daunnya banyak tidak menjadi; Abang terduduk dirundung malang, Mendengar khabar nikah tak jadi.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Bunga keduduk bunga kenanga, Berbau harum sampai ke jalan; Hamba duduk sambil bertanya, Ibarat pungguk merindukan bulan.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Tanam keduduk di tepi rimba, Pukul pahat dalam padi; Sungguhnya duduk bertindih riba, Jalan jahat jangan sekali.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Sayang keduduk balik rumah, Akar menyorok tiang seri; Tuan duduk tuan punya rumah, Kami nak pulang minta diri.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Batang keduduk dibuat galah, Hendak menghalau si ayam jantan; Telunjuk sudah dijadikan Allah, Hendak menculik kapur berjuitan.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Sayang keduduk kayu hutan, Hijau biru kelihatan; Mana duduk di pangku tuan, Lemah lesu rasa badan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pokok keduduk bercabang tiga, Akar palas bersimpul pulih; Sungguh duduk bertindih riba, Jangan diharap kata nak boleh.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Esok berbunga engkau keduduk, Berbunga sekali berganding buah; Esok berguna engkau tanduk, Guna menyendi gading bertuah.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Tinggi bukit gunung sebuah, Keduduk tidak berbunga lagi; Sudah mendapat gading bertuah, Tanduk tidak berguna lagi.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
123

Kembali ke atas