Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.hen.da/] | کهندق

Definisi : = ~ hati hajat, keinginan, ke­mahu­an yg keras: tanyakan kepadanya apa ~nya datang itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
hendak (kata tugas)
1. Bersinonim dengan mahu: ingin, berhasrat, berhajat, bercita-cita, berangan-angan,

2. Bersinonim dengan untuk: bagi

Kata Terbitan : menghendaki, kehendak, sekehendak hati, berkehendak,

Puisi
 

Kalau ada nenek tua,
     Kayu bongkok mati dijulang;
Kalau kehendak kita berdua,
     Karam perahu sama direnang.


Lihat selanjutnya...(37)
Peribahasa

Bertitah lalu,
     sembah berlaku.

Bermaksud :

Jika kehendak orang kita turut, tak dapat tidak kehendak kita pun akan diturut juga.

 

Lihat selanjutnya...(19)


Pantun

PantunSumberTema
Bukan saya tolak buluh, Saya tolak batang padi; Bukan saya kehendak sungguh, Saya jolok nak tengok hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bukan mudah bunga engkodok, Bunga serupa dengan daun; Bukan mudah adik kehendak, Hilanglah hilang berganti tahun.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Baru merasa hatiku rindu, Bawa berulam si buah pauh; Baru merasa kehendak rindu, Bawa mengenang kekasih jauh.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Asam kandis buah di hutan, Limau purut batang berduri; Tipu daya kehendak tuan, Tidak menurut rosak hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Asap api embun berderai, Patah galah haluan perahu; Niat hati tak ndak bercerai, Kehendak Allah siapa yang tahu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buah keranji kulitnya hitam, Masak sebiji atas peti; Sirih pinang telah dikirim, Sebab boleh kehendak hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas