Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : = ~ hati hajat, keinginan, ke­mahu­an yg keras: tanyakan kepadanya apa ~nya datang itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
hendak (kata tugas)
1. Bersinonim dengan mahu: ingin, berhasrat, berhajat, bercita-cita, berangan-angan,

2. Bersinonim dengan untuk: bagi

Kata Terbitan : menghendaki, kehendak, sekehendak hati, berkehendak,

Puisi
 

Kalau ada nenek tua,
     Kayu bongkok mati dijulang;
Kalau kehendak kita berdua,
     Karam perahu sama direnang.


Lihat selanjutnya...(37)
Peribahasa

Bertitah lalu,
     sembah berlaku.

Bermaksud :

Jika kehendak orang kita turut, tak dapat tidak kehendak kita pun akan diturut juga.

 

Lihat selanjutnya...(19)


Pantun

PantunSumberTema
Adapun hajat sebenar hajat; Ada kehendak di dalam hati; Adapun adat sebenar adat, Kepada syarak dia bersebati.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Ikat pagar orang berempat, Ikan sepat dalam padi; Kehendak belajar kalau dapat, Alangkah suka dalam hati.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Kalau ada nenek tua, Kayu bongkok mati dijulang; Kalau kehendak kita berdua, Karam perahu sama direnang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Masak buah pisang lidi, Masak sebuah dengan dua; Apa rupanya kehendak hati, Cuba katakan sepatah dua.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Masak sebutir dibelah-belah, Acang dan kain dibasahkan; Sudah takdir kehendak Allah, Orang lain jangan disalahkan.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kinabalu bertanggalah pati, Ambil gemala di mulut naga; Jikalaulah sudah kehendak di hati, Mahal dan murah turuti harga.Kurik Kundi Merah SagaPerniagaan
Tidak tumbuh tidak melata, Patah galah dalam padi; Tidak sungguh kehendak kita, Perintah Allah juga yang jadi.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Jangan mudah bunga sudah, Bunga serupa dengan daun; Jangan mati kehendak mudah, Hilang bulan berganti tahun.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Kinabalu bertanggalah pati, Ambil kumala di mulut naga; Jikalaulah sudah kehendak di hati, Mahal dan murah turuti harga.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bukan saya tolak buluh, Saya tolak batang padi; Bukan saya kehendak sungguh, Saya jolok nak tengok hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12345

Kembali ke atas