| Eksport dari Semantan, Eksport kayu jati; Musnah kehidupan, Langsung bawa mati. | Pantun Melayu Sarawak | Budaya |
| Kayu paling tahan, Eksport dari Semantan; Musnah kehidupan, Akal mati jalan. | Pantun Melayu Sarawak | Budaya |
| Belian kayu hutan, Kayu paling tahan; Syaitan perosak iman, Musnah kehidupan. | Pantun Melayu Sarawak | Budaya |
| Jika dayung tidak kuat, Alamat perahu akan hanyut; Jika kampung tidak beradat, Umat berseteru kehidupan kusut. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Elok kain benangnya rapat, Bila rapat sopan dipakai; Elok pemimpin memegang adat, Bila beradat kehidupan damai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Ombak Tsunami datang menyerbu, Tiada kawalan tiada sempadan; Angka kematian beratus ribu, Habis musnah punca kehidupan. | Pantun Melayu Sarawak | Rampai Tsunami |
| Ombak Tsunami melanggar Kedah, Ayam itik lari ke hutan; Ranap rumah ranap sekolah, Musnah segala sumber kehidupan. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |