Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.la.kuan] | کلاکوان

Definisi : 1. tabiat yg biasa dilakukan, pe­rangai, perbuatan: semua orang ketawa melihat ~nya itu; 2. gaya (cara dll), keadaan: maka baginda berjalan menyamar ber­keliling negeri hendak melihat segala hal ~ negeri; Tuanku, patik mohon ke hilir hendak melihat ~ orang perang itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.la.kuan] | کلاکوان

Definisi : tingkah laku; perangai: Kedua-dua budak itu baik ~nya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
laku (adjektif)
1. Dalam konteks wang
bersinonim dengan sah, boleh digunakan,

2. Bersinonim dengan laris: terjual, dikehendaki, larap,

Kata Terbitan : selaku, berlaku, melakukan, memperlakukan, kelakuan, berkelakuan, pelaku,

Peribahasa

Usul menunjukkan asal.

Bermaksud :

Sifat kelakuan seseorang itu menunjukkan asal keturunannya.

 

Lihat selanjutnya...(27)


Pantun

PantunSumberTema
Apabila makan tidak berkuah, Kesatlah rasa tekak menelan; Apabila kelakuan awak menyalah, Alamat binasa dilantak kawan.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Apabila makan tidak berkuah, Nasi ditelan rasa tersengkang; Apabila kelakuan awak menyalah, Pergi berjalan dihina orang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Mengapa sampan hendak berlabuh, Kerana kemudinya sudah patah; Mengapa kelakuan tidak senonoh, Kerana hatinya lupakan Allah.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Tanda adat bersendi syarak, Quran dan hadis menjadi tiang; Tanda umat berbudi akhlak, Kelakuan manis hati penyayang.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Naik bukan sebarang naik, Naik sampan dapat menyeberang; Baik bukan sebarang baik, Baik kelakuan dihormati orang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Anak kuda baru kan lahir, Sudah dibawa berjalan jauh; Sejak muda perlu berfikir, Supaya tua kelakuan senonoh.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Bukan mudah orang berhelat, Siapkan makan untuk jamuan; Bukan mudah memegang adat, Beradab sopan barang kelakuan.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Apabila musang sudah merayau, Banyaklah ayam kan jadi korban; Apabila orang suka meracau, Akhlaknya karam keji kelakuan.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat

Kembali ke atas