Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. tidak berapa terang (bkn cahaya, keadaan hari, dll), (agak) gelap, suram: hari sudah mulai ~; ia berada dlm cahaya lampu yg ~; 2. tidak berapa terang atau jelas kelihat­an (bkn tulisan, benda, dll), kabur; 3. kurang nampak (mata), tidak dapat melihat dgn terang, kabur: surat itu susah hendak dibacanya kerana matanya ~; ~ baja petang hari (kira-kira pukul empat); ~ lebam (pekat, keciak, kelimut) ark sangat gelap, gelap-gelita; ~ disigi, lekung ditinjau prb sesuatu yg kurang jelas hendaklah diselidiki dgn saksama; mengelamkan 1. menjadikan kelam (tidak terang, tidak jelas), mengaburkan; 2. menjadi­kan (agak) gelap, menyuramkan, menggelap­kan; kekelaman perihal kelam, kegelapan: dlm ~ gerhana itu, Dewi melarikan diri; pengelaman perihal atau perbuatan menge­lamkan, penggelapan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kelam I

Puisi
 

Tiga belas dayung kupaut,
     Hendak berdayung tanah seberang;
Hati di dalam kelam kabut,
     Tidak kulupa kepada abang.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Kelam bagai malam dua puluh tujuh.

Bermaksud :

Sesuatu hal atau perkara yang gelap sama sekali.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

PantunSumberTema
Kelam-kabut Kuala Usai, Hujan tidak berhenti lagi; Angin ribut gelombang usai, Baik belayar lawan tepi.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Purnama kelam menjelang siang, Mamat menebang kayu sebatang; Nama Aceh tetap dijulang, Semangat pejuang Melayu terbilang.Pantun Melayu SarawakRampai Tsunami
Bagaimana hari tidakkan kelam, Hujan turun sehari suntuk; Bagaimana kami tidakkan geram, Puan berjalan pinggul meliuk.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Waktu malam bulan pun kelam, Hari gelap tak ada lampu; Baju hitam badan pun hitam, Pergi merayap tak ada yang tahu.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Sayangnya bulan tiada terbit, Hingga pagi terasa kelam; Sayangnya tuan suka menggigit, Bila beristeri kan lari malam.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Tiga belas dayung kupaut, Hendak berdayung tanah seberang; Hati di dalam kelam kabut, Tidak kulupa kepada abang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Putik pauh tebang mempelam, Mari isi dalam raga; Duduk jauh bulan pun kelam, Tanda kasih kudatang juga.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Putik pauh asam mempelam, Mari makan waktu pagi; Hujan turun di malam kelam, Kerana kasih kumari lagi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Putik pauh asam mempelam, Tanam selasih di kepala titi; Sungguh jauh bulan pun kelam, Kita berkasih di dalam mimpi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas