Datuk Kelana pergi menangguk, Tersangkut tangguk di sauh kapal; Saya umpama orang mengantuk, Apatah lagi disorong bantal. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Bujang kelana mandi subuh, Dari pagi tidak berhenti; Bagaimana hati tak gundah, Semalam-malam tidak berhenti. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Orang berdedai menjaja kain, Kain pelekat beraneka warna, Abang bagaikan kelana miskin, Miskin melarat hidup merana. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Orang berdedai menjala hiu, Ikan mengganas sepanjang tahun; Abang bagaikan kelana lalu, Siang berpanas malam berembun. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |