Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.la.war] | کلاور

Definisi : sj keluang kecil (makanannya se­rangga); ~ gondol, Cheiromeles torquatus; ~ buas, Megaderma lyra; ~ rumah, Scotophilus kuhli; ~ telinga lebar, Megaderma spasma. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.la.war] | کلاور

Definisi : bentuk cengkih pd daun pakau. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.la.war] | کلاور

Definisi : sj ikan darat, Antennarius spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.la.war] | کلاور

Definisi : binatang spt keluang tetapi lebih kecil yg terbang pd waktu malam utk memakan serangga, manisan dan bunga-bungaan. ~ gua Eonycteris spelaea. ~ rumah Scotophilus kuhlii. ~ telinga lebar Megaderma spasma. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ke.la.war] | کلاور

Definisi : bentuk cengkih pd daun terup. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kelawar


Pantun

PantunSumberTema
Banyak kelawar terbang petang, Singgah makan bunga durian; Banyak bersabar jadi perangsang, Besarkan anak jadi pahlawan.Pantun Melayu SarawakNasib
Redup hari bulan mengambang, Terbang sekawan burung kelawar; Hidup ibarat dagang menumpang, Tiba masa diusir keluar.Pantun Melayu SarawakNasihat

Kembali ke atas