Nyiur manis condong ke Keling, Sudah ke Keling ke Jawa pula; Hitam manis duduk mengoleng, Sudah mengoleng ketawa pula. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Perahu Keling berjala getah, Supaya laris murahlah harga; Baru bersanding selera patah, Disangka gadis rupanya janda. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Orang Keling sembahyang kusami, Bawa dian sepuntung seorang; Ibarat ambo rumput di bumi, Pagi petang dipijak orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Orang Keling sembahyang sami, Dia sembahyang pagi petang; Ingat rumput di bumi, Dipijak orang pagi petang. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Anak Keling anak Cina, Ketiga dengan anak Melayu; Jangan belayar angin tak kena, Takut karam tenggelam lalu. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Orang Keling berkedai rempah, Asam paya melawan cuka; Sudah nasib tuan menempah, Barang dicari kerap berjumpa. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Bukit Keling gunung berapi, Ikan seluang mati dituba, Hilang ghaib katakan mati, Abang seorang jangan dilupa. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Anak Keling meniup api, Api tidak mahu menyala; Kurus kering menahan hati, Hati bukan mendengar kata. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Anak keling duduk di upih, Duduk berjuntai di permatang; Kalau nak tolak kenal berkasih, Nanti si undai akan datang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Ketok-ketok harimau garang, Keling pandai cakap Jawa; Harimau batuk buaya mengerang, Kucing di rumah sakit kepala. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |