Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : IB paku besi yg berkepala dua (utk melekatkan dua keping besi); mengeling melekatkan (menyatukan) besi dgn menggunakan keling. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keling I

Puisi
 

Orang Keling sembahyang kusami,
     Bawa dian sepuntung seorang;
Ibarat ambo rumput di bumi,
     Pagi petang dipijak orang.


Lihat selanjutnya...(23)
Peribahasa

Bagai tabut keling: di luar berkilat di dalam berongga.

Bermaksud :

Baik di luar tetapi jahat hatinya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

PantunSumberTema
Bukit Keling gunung berapi, Ikan seluang mati dituba, Hilang ghaib katakan mati, Abang seorang jangan dilupa.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak Keling meniup api, Api tidak mahu menyala; Kurus kering menahan hati, Hati bukan mendengar kata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak keling duduk di upih, Duduk berjuntai di permatang; Kalau nak tolak kenal berkasih, Nanti si undai akan datang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Api-api berpagar dusun, Anak Keling bergelang suasa; Bukan mati kerana racun, Mati kerana tidak kenal biasa.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas