Yang kemak dibawa bersolek Sudah cantik nampak segarnya; Orang pekak dibawa berbisik, Salah bisik awak ditamparnya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Ayam denak terbang tinggi, Pial besar suaranya lantang; Dalam kemak orang mengeji, Bawa bersabar supaya tenang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Biji cempedak boleh direbus, Sudah masak sedap rasanya; Hati kemak kasih terputus, Duduk tegak gelap dunianya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Waktu hujan awan pun gelap, Suntuk langkah dada pun kemak; Mahu berjalan badan berkurap, Duduk di rumah mentua galak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Zaman katak di bawah tempurung, Langit tinggi dipandang rendah; Fikiran kemak laki pun pesung, Setiap hari terang berbantah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Sarat sampan isinya banyak, Salah kira karamnya cepat; Sesat iman hatinya kemak, Salah bawa karam di darat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Air dangkal ikannya jinak, Ditangkap orang setiap hari; Hati mengkal dada pun kemak, Mengharap abang datang ke mari. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Air pasang datang menyenak, Sampan berlabuh di tepi tebing; Hati pusang orang pun kemak, Jangan disuruh duduk berunding. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Buruk parang dimakan karat, Besi rosak hulu pun goyang; Buruk orang melupakan adat, Hati kemak malu pun hilang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Buah keras dibuat rempah, Dipetik orang sesudah masak; Sudah puas mengikat sumpah, Adik membelakang hatiku kemak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |