Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kemaruk;


Pantun

PantunSumberTema
Kata tua kata berpucuk, Pucuk berpunca pada agama; Hina bangsa gila kemaruk, Kemaruk harta gila dunia.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Rosak tiang kerana bengkok, Tiang bengkok cepatlah rebah; Rosak orang kerana kemaruk, Orang kemaruk niatnya salah.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Zaman kini zaman kemaruk, Gila pangkat kemaruk harta; Dengan bini jangan beramuk, Supaya dapat duduk bermanja.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Biarlah orang menumbuk genta, Kita menumbuk padi di peti; Biarlah orang kemaruk harta, Kita kemaruk budi pekerti.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Mengapa ladang tidak ditengok, Kerana tak sudi menugal malam; Mengapa orang banyak kemaruk, Kerana tak peduli halal haram.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Yang disebut berkain buruk, Kainnya buruk gunanya banyak; Orang berebut bermain buruk, Kahwin kemaruk kerja merosak.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Baik urat elok batangnya, Elok batang tidak lapuk; Baik adat elok orangnya, Elok orang tidak kemaruk.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat

Kembali ke atas