Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.na.nga] | کناڠا

Definisi : sj tumbuhan (pokok) dan bunganya yg harum baunya, cenanga, semenderasa, Canangium odoratum; minyak ~ minyak yg diperbuat drpd bunga kenanga (baunya harum); ~ hutan a) = ~ paya sj tumbuhan (pokok renek), Desmos dasymaschala; b) sj tumbuh­an (pokok), antat, kelat kerantau, lidah-lidah, melidah, pokok kuning, Alangium ebenaceum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.na.nga] | کناڠا

Definisi : nama sj pokok atau bunganya (bunganya berbau harum), Canangium odoratum. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kenanga

Puisi
 

Bunga kenanga bunga kenangan,
     Kenangan Uda bersama Dara;
Seribu tahun dalam kehilangan,
     Namun lupa tidak ketara.


Lihat selanjutnya...(13)

Pantun

PantunSumberTema
Jika tuan ke surau, pergi ke surau, Jangan dipetik kenanga, bunga kenanga; Aduhai tuan bergurau, saya bergurau, Saya sudah punya, ada yang punya.Pantun Melayu SarawakBergendang
Kenanga kesturi harum nyaman, Selasih berbunga di ujung padang; Bunga berseri layu di halaman, Putih mata tuan memandang.Pantun Melayu SarawakKasih
Bunga kenanga barukan mekar, Banyak kumbang datang menghisap; Tanda orang tua laku penyabar, Bijak menimbang tenang bercakap.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Bunga kenanga kembang sekaki, Rupanya molek kelopak mekar; Sungguhpun lama abang menanti, Mengapa adik tak beri khabar.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Batang kenanga batang kenari, Banyak terbakar rebah terguling; Hilang ke mana abang mencari, Semak belukar di sekliling.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Pohon kenanga dililit ubi, Daunnya luruh belum berputik; Perkara bunga suntingan nabi, Bolehlah hamba datang memetik.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bunga kenanga bunga kenangan, Kenangan Uda bersama Dara; Seribu tahun dalam kehilangan, Namun lupa tidak ketara.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bunga keduduk bunga kenanga, Berbau harum sampai ke jalan; Hamba duduk sambil bertanya, Ibarat pungguk merindukan bulan.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Membeli baju bunga kenanga, Ada lebih untuk berganda; Harap pemalu kamu semua, Di situ tuan melihat rupa.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Hijau kuning bunga kenanga, Dipatah dahan bagai nak runtuh; Putih kuning bijaklaksana, Itu memberi imanku jatuh.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas