Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kening

Puisi
 

Burung pipit datang ke mari,
     Tempat orang menanam pala;
Kening diangkat senyum diberi,
     Bagaimana hati tak gila.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Bagai tokak lekat di kening.

Bermaksud :

Malu yang tak dapat disembunyikan.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pantun

PantunSumberTema
Adat Melayu seaib semalu, Arang di kening sama dibuang; Kuat Melayu kerana bersatu, Sebarang rundung sama dipegang.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Apabila meniup api di tungku, lngat-ingat terpercik kening; Apabila hidup hati berbulu, Niat jahat hati pun runsing.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Teras Kemunting haluan perahu, Tanam tebu hutan seberang; Angkat kening memberitahu, Bolehkah jumpa sama seorang?Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Burung pipit datang ke mari, Tempat orang menanam pala; Kening diangkat senyum diberi, Bagaimana hati tak gila.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sirih pinang gagang pinang, Patah pucuk si gembila; Cahaya pinang naik ke kening, Cahaya sirih naik ke muka.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Sirih kuning gagang menguning, Mari tanam belukar sana; Seri sirih naik ke kening, Seri pinang naik ke muka.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Hujan di hulu hujan di hilir, Hujan turun rintik-rintik; Pandang dagu pandang leher, Pandang kening bertambah cantik.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Belah mana pasang pelita, Tarik sumbu di balik bukit; Telah mana orang bermain mata, Tarik senyum kening terangkit.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Berpangkat-pangkat batang kuini, Sekelilingnya puding semata, Di sana takik abang tanggalkan; Kalaulah berangkat abang kini, Antara kening dengan mata, Di situ adik abang tinggalkan.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Hujan di hulu hujan di hilir, Hujan di Teming membawa rintik; Pandang ke bahu pandang ke leher, Pandang ke kening membawa cantik.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas