Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ken.tut] | کنتوت

Definisi : 1. angin yg keluar menerusi pelepasan (jubur); 2. = berkentut mengeluarkan angin menerusi pelepasan; mengentutkan mengeluarkan kentut (dgn sengaja); terkentut berkentut dgn tidak sengaja (kerana tidak dapat ditahan lagi) atau dgn tiba-tiba. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ken.tut] | کنتوت

Definisi : 1 angin yg keluar melalui jubur. 2 = berkentut mengeluarkan angin melalui jubur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kentut


Pantun

PantunSumberTema
Bagaimana tempua tidakkan palak, Mendengar kera terkentut-kentut; Bagaimana telinga tidakkan pekak, Mendengar mentua merungut-rungut.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Yang rokok tentu dihisap, Untuk melepas rasa tagihnya; Sedang seronok mahu mendekap, Kentut terlepas patah hatinya.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Bagaimana ungka tidak memanjat , Kijang marah semut merengus; Bagaimana muka tidakkan merah, Sedang menyembah kentut berlepus.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Waktu duduk lantai berderak, Hendak tegak seluar sangkut; Malulah datuk ditertawa budak, Awak membentak keluar kentut.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Bagaimana ungka tidakkan sedih, Kijang dan kambing menuntut balas; Bagaimana muka tidakkan putih, Sedang bersanding kentut terlepas.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Anak buntal bergapai-gapai, Bila pasang berhanyut-hanyut; Awal bebal memandai-mandai, Ditanya orang terkentu-kentut.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Tumbuh lalang batangnya bongkok, Tumbuh menepi dipalut lumut; Sungguh malang orang yang gemuk, Disuruh mendaki terkentut-kentut.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka

Kembali ke atas