| Panjang-panjang ruasnya bangsi, Lebih panjang ruasnya banta; Kenyang-kenyang memakan nasi, Lebih kenyang bermain mata. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Yang berangkat tentulah senang, Senang pula cita rasanya; Orang berpangkat tentulah kenyang, Kenyang pula saudara-maranya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Makan kenyang terasa nikmat, Gelak tertawa ganti-berganti; Membilang undang mengaji adat, Membuka mata menerangi hati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Makan kenyang terasa nikmat, Gelak Ketawa ganti-berganti; Membilang undang mengaji adat. Membuka mata menerangi hati | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Makan jangan kenyang, Lapar jangan kebulur; Bukan tidak sayang, Salam tidak dihulur. | Pantun Melayu Sarawak | Budi |
| Biarpun makan belum kenyang, Jangan meminta nasi tetangga; Biarpun badan belum senang, Jangan dicuba mengambil muka. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Belum makan sudahlah kenyang, Tanda serumah ada teduhnya; Belum dipesan sudahlah datang, Tanda kita ada jodohnya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Jikalau makan sudah kenyang, Mahu berjalan tiada halangan; Jikalau nyawa sudah melayang, Barulah tuan hamba lepaskan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Anak kancil memungut jambu, Sudah kenyang lari ke hutan; Sejak kecil menuntut ilmu, Supaya senang hari kemudian. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Walau makan berlimpah lauk, Kerana kenyang ditolak juga; Walau badanlah tua bongkok, Kerana dipinang berbedak juga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |