Retak karat kepada baja, Retak galah terbelah dua; Minta daulat kepada raja, Minta petua kepada nan tua. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Wakil udang kepada belida, Wakil belida kepada buntal; Degil bujang kerana janda, Degil janda kerana gatal. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Wakil badak kepada kuda, Wakil kuda kepada musang; Degil budak kerana manja, Degil tua kerana miang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Patuh Melayu kepada ayah, Zuriatnya turun kepada anak; Senonoh laku membawa tuah, Sifat penyantun maruahnya tegak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Kasih kami kepada ibu, Kasih kami kepada ayah; Kesan Tsunami sudah berlalu, Kesan sejarah tidak berubah. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |
Ambil galah kupaskan jantung, Orang Arab bergoreng kicap; Kepada Allah tempat bergantung, Kepada nabi tempat mengucap. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Burung belatuk jambul merah, Sepakat dengan rajawali; Minta ampun kepada Allah, Minta syafaat kepada nabi. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Retak urat ada bercanggah, Retak bara ada tengarang; Minta kuat kepada gajah, Minta suara kepada enggang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Limau manis buah papaya, Bunga selasih ditiup angin; Mulut manis kepada saya, Hati kasih kepada yang lain. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Tiup seruling di tanah lapang, Bunyi merdu berdayu-dayu; Hati runsing kepada abang, Kirimlah salam kepada mak bayu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |