Burung belatuk kepalanya merah, Terbang ke hulu menyongsong angin; Tabiklah datuk jangan nak marah, Anak dagang tumpang bermain. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Ayang-ayang kepalanya pecah, Nampak dari Tanjung Keramat; Kasih sayang bercerai sudah, Minta air doa selamat. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Burung belatuk kepalanya kuning, Hendak merapat di kaki dulang; Mata mengantuk kepalanya pening, Hendak melepas si hajat orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Sudahlah kaki tidak dibasuh, Kepalanya pula diberak burung; Sudahlah laki tidak senonoh, Mentuanya pula berbuat serong. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Terbang sekawan burung jelatik, Terbang nampak kepalanya merah; Pilih bini yang cantik, Tapi nak harga murah. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Sudah ikat baru sembelih, Masak berempah isi kepalanya; Intan manikam cari boleh, Payah jumpa kilat cahayanya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Adat Melayu pantang bergaduh, Suka bergaduh hatinya busuk; Jahatlah laku orang bermusuh, Suka bermusuh kepalanya pesuk. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Ukir-ukir pinang Betawi, Pinang satu dibelah dua; Fikir-fikir badan sendiri, Bantal satu kepalanya dua. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |