Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ra.na] | کران

Definisi : kata hubung yg menerangkan punca atau sebab berlakunya sesuatu keadaan atau kejadian; oleh sebab: Mereka menjadi kaya ~ mereka rajin dan berusaha. ~ apa oleh sebab apa; mengapa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kerana (kata tugas)
Bersinonim dengan lantaran, oleh sebab, sebab, fasal, dek, demi, akibat, bahawa, untuk, tujuan, maksud, bahana, tegal, baktan, saking, asal mula.,

Puisi
 

Kucing kurus menghembus api,
     Sudah hembus padam menyala;
Kurus kering kerana susah hati,
     Kerana telinga tak mendengar kata.


Lihat selanjutnya...(167)
Peribahasa

Kuat ikan kerana radai,
     kuat burung kerana sayap,
kuat ketam kerana sepit.

Bermaksud :

Merasa kuat (berkuasa) kerana ada kelebihannya; tiap-tiap orang sedikit banyak ada kuasanya. (Peribahasa lain yang sama makna: Kuat burung kerana sayap; kuat ikan kerana radai).

 

Lihat selanjutnya...(326)


Pantun

PantunSumberTema
Elok kain kerana bajunya, Elok baju kerana bertekat; Elok pemimpin kerana lakunya, Elok laku kerana beradat.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kerana apa bintang tak terang, Kerana bergalau bintang banyak; Kerana apa abang tak datang, Kerana risau bimbangkan anak.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Rosak tiang kerana lapuk, Lapuk kerana dimakan dengat; Rosak orang kerana mabuk, Mabuk dunia gilakan pangkat.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Elok parang mata berkilat, Mata berkilat ia diasah; Elok orang kerana beradat, Kerana beradat ia bermaruah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Pagi-pagi naik ke darat, Kerana hendak membasuh kain; Buruk besi kerana karat, Hina manusia kerana miskin.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Kerana anak orang perempuan, Tegak berdiri di atas batu; Hendak ke mana gerangan tuan, Tegar menyisir bulu mataku.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kerana terhempas padanya tanah, Lalu terhempas padanya pagar; Tuan dijemput naik ke rumah, Serta pula duduknya ke tikar.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Kucing kurus menghembus api, Sudah hembus padam menyala; Kurus kering kerana susah hati, Kerana telinga tak mendengar kata.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Api-api berpagar dusun, Anak Keling bergelang suasa; Bukan mati kerana racun, Mati kerana tidak kenal biasa.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Wakil udang kepada belida, Wakil belida kepada buntal; Degil bujang kerana janda, Degil janda kerana gatal.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
12345678910...

Kembali ke atas