Adik-adik memungut kerang, Kerang dicuci dengan berus; Itik di kolam sama berenang, Lepas ke sungai menyonsong arus. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Tengah hari mengambil kerang, Kerang penuh sebakul rotan; Tanah ada diduduk orang, Sayangku tinggal di tanaj setinggan. | Pantun Melayu Sarawak | Nasib |
Jangan suka meratah kerang, Kerang dipanci menelan cika; Jangan suka memfitnah orang, Orang benci Tuhan pun murka. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Sulit sungguh mencari kerang, Kerang dicari disela batu; Sakit sungguh menanti abang, Abang dinanti tak mahu tahu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Petang hari mengutip kerang, Kerang dikutip si anak Cina; Bukan takut mati berpedang, Hati bimbang hidup merana. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Ingat-ingat mencari kerang, Mencari kerang ada tempatnya; Ingat-ingat di negeri orang, Negeri orang ada adatnya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Hari Minggu kuda, berlombak kuda, Budak-budak kerang, memungut kerang; Kalau hati tergoda, sudah tergoda, Tidak peduli orang, kekasih orang. | Pantun Melayu Sarawak | Bergendang |
Kulit kerang asalnya kapur, Anak Batak pandai menari; Letak apa belanga ke dapur, Kalau masak angkat ke mari. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Mengapa banyak kerang di pantai, Kerana yu menangkap ketam; Mengapa banyak orang bercerai, Kerana penghulu merayap malam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Apabila hendak meratah kerang, Bila tak ingat termakan cika; Apabila awak difitnah orang, Janganlah cepat bermasam muka. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |