Dari Melaka ke Singapura, Kelip-kelip api di kota; Jangan suka menanam bisa, Kerap-kerap rosak binasa. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Saya nak berumah di paya, Ada lintah kerap buang; Saya nak berbini janda, Ada perintah cepat buang. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Subuh gelap orang ke ladang, Menjenguk padi sedang berbuah; Sungguhpun kerap abang memandang, Untuk berjanji terkalang lidah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Betul bodoh orang di dapur, Keris pesaka potongkan sayur; Sungguh songket bunga bertabur, Kerap tercampak di balik dapur. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Orang Keling berkedai rempah, Asam paya melawan cuka; Sudah nasib tuan menempah, Barang dicari kerap berjumpa. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Orang Seberang gali cacing, Cacing ada di kebun Cina; Beli timbang kutengok dacing, Beli borong kerap terkena. | Kurik Kundi Merah Saga | Perniagaan |