Kalau memanggang bersela-sela, Kalau menjemur kering-kering; Kalau tegang berjela-jela, Kalau kendur berdenting-denting. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Siapa kata lada tak kering, Lama-lama kering juga; Siapa kata dia tak kahwin, Lama-lama kahwin juga. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Kucing kurus menggaru papan, Papan bernama papan jati; Kurus kering bukan tak makan, Kurus kering memakan hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bagaimana kuali takkan kering, Bila minyaknya tidak ditambah; Bagaimana hati takkan runsing, Bila akhlaknya banyak menyalah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Pasang surut pantai pun kering, Senanglah orang berjalan kaki; Orang patut pandai berunding, Sengketa hilang amanlah negeri. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Jika kulurut padiku ini, Akan kering air siraman; Jika kuturut hatiku ini, Akan kutinggal kampung halaman. | Pantun Melayu Sarawak | Nasib |
Subur melati kembang menguntum, Daun kering jatuh bertabur; Suami berkahwin isteri tersenyum, Tidak bergigi makan bubur. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Asap api nampak bergumpal, Padang kering sudah menyala; Hasrat hati hendak berkenal, Orang berpaling apalah daya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau adik menutuh kepung, Pokok kering si pokok mengkudu; Kalau abang balik ke kampung, Adik di sini menanggung rindu. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Bunga sena kuning mencelah, Daun kering jatuh bersepah; Saya yang hina buang sebelah, Hidup di dunia bagai sampah. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |