Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Puisi
 

Kalau saya kerja di bukit,
     Kerja pula atas papan;
Malu saya bukan sedikit,
     Sudah heboh ratanya orang.


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Kerja sebarang hebat,
     kasih sebarang tempat.

Bermaksud :

Bekerja dengan tidak menurut peraturan.

 

Lihat selanjutnya...(35)

288

Kill two birds with one stone

Mencapai dua maksud sekali gus dengan melakukan satu kerja atau tindakan.

Sekali merengkuh dayung, dua tiga pulau terlampau

We are really kill two birds with one stone at the stadium. We were not only able to watch our favourite game but also earning some profit by selling souvenirs there.

Kami betul-betul seperti sekali merengkuh dayung, dua tiga pulau terlampau di stadium itu. Kami bukan sahaja menonton sukan kegemaran kami tetapi juga meraih untung dengan menjual cenderamata di sana.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(40)

Pantun

PantunSumberTema
Berangan buah raja, Banyak orang berjaja; Jangan pilih kerja, Kerja apa saja.Pantun Melayu SarawakNasihat
Patuh Melayu kepada raja, Raja adil raja disembah; Senonoh laku sempurna kerja, Kerja kecil membawa berakah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kalau saya kerja di bukit, Kerja pula atas papan; Malu saya bukan sedikit, Sudah heboh ratanya orang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ramai Cina kerja lombong, Bukit Letung kerja kaci; Abang sungguh tidak sombong, Adik berjalan selalu memuji.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Hari ini hari Ahad, Esok hari Isnin; Kalau kerja tidak muafakat, Kerja kita itu main-main.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Apabila kerja berjaja kapak, Tentulah bersama batu asahnya; Apabila setia menjaga bapak, Tentu Allah memberi kurnia-Nya.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Apabila kerja berjaja labu, Tentulah dapat pula menyayur; Apabila setia menjaga ibu, Tentulah rahmat Allah mengucur.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Pergi kerja berulang-alik, Singgah di masjid lalu sembahyang; Yang bulat datang menggolek, Yang pipih datang melayang.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Bismillah memulakan kerja, Sungguh rangup keropok desa; Alhamdulillah rakyat Malaysia, Sanggup membantu tak kira bangsa.Pantun Melayu SarawakBudi
Bangun siang kerja terbuang, Banyak urusan tidak selesai; Ku mohon abang supaya datang, Hendak berpesan tiada sampai.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
123456

Kembali ke atas