Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kerjanya


Pantun

PantunSumberTema
Yang pemburu kerjanya cepat, Jalan ke rimba sudah selalu; Yang kutunggu tiada ingat, Badan binasa menahan rindu.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bukan mudah berladang sawah, Sawah ladang kerjanya berat; Bukan mudah memegang amanah, Amanah hilang ditimpa laknat.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Orang Daik berjaja batik, Batik ditempa pagi petang; Orang baik kerjanya baik, Bawa membawa rezeki datang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Bagaimana sampah takkan pecah, Bila dilanda ombak menggunung; Bagaimana badan takkan susah, Bila kerjanya duduk bermenung.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Bagaimana bunga takkan gugur, Bila dilanda musim kemarau; Bagaimana nama takkan hancur, Bila kerjanya mencari kacau.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Elok anak bertuah ibunya, Tentu bertuah pula ayahnya; Elok akhlak berfaedah ilmunya, Tentu berfaedah pula kerjanya.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat

Kembali ke atas