| Walaupun banyak haiwan di padang, Jangan dijadikan tempat berburu; Walaupun nampak kesalahan orang, Kesalahan sendiri diingat dulu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Antara pagi dengan petang, Di sana orang mencari nafkah; Bila kukaji kesalahan abang, Daripada bertunang elok berpisah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Orang memukat pagi dan petang, Saban hari tiada berhenti; Orang beradat berhati lapang, Kesalahan sendiri ia akui. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Orang memukat pagi dan petang, Kena gelombang ia tabahkan; Orang beradat berhati lapang, Kesalahan orang ia lupakan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |