Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ti.ga] | کتيݢ

Definisi : = yg ~ (yg) nombor tiga: anaknya yg pertama menjadi doktor, yg kedua seorang peguam dan yg ~ seorang jurutera; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ti.ga] | کتيݢ

Definisi : yg nombor tiga: Pemenang yg ~ menerima hadiah wang tunai lima puluh ringgit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ketiga

Puisi
 

Asam kandis asam gelugur,
     Ketiga dengan asam rumbia;
Hati menangis di pintu kubur,
     Kerana nak balik dalam dunia.


Lihat selanjutnya...(11)

Pantun

PantunSumberTema
Limau purut lelang, Ketiga dengan limau kasturi; Gunung diseru menjadi padang, Baru senang berjalan kaki.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Parti Panas Parti Berjasa, Ketiga dengan Parti Pesaka; Berbilang kaum berbilang bangsa, Sama-sama mahu merdeka.Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Asam paya asam gelugur, Ketiga dengan buah kundur; Apa daya sudah terlanjur, Nasi sudah menjadi bubur.Pantun Melayu SarawakNasib
Datuk Mansur Datuk Bendahara, Ketiga dengan Datuk Drahman; Hati bersyukur jiwa terpelihara, Hidup selalu dalam aman.Pantun Melayu SarawakAgama
Asam kandis asam gelugur, Ketiga dengan asam rumbia; Hati menangis di pintu kubur, Kerana nak balik dalam dunia.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Burung jelatik burung jeladan, Ketiga dengan burung tempua; Sama cantik sama padan, Ibarat pinang dibelah dua.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Raja Seman Raja Sulaiman, Ketiga dengan Tengku Daud; Baik-baik pegang pedoman, Taufan bergeser ke barat laut.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Anak Keling anak Cina, Ketiga dengan anak Melayu; Jangan belayar angin tak kena, Takut karam tenggelam lalu.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Daun kerikil daun maman, Ketiga dengan daun cempa; Kenapa tuan tegak di laman, Naik ke rumah tuan kenapa?Kurik Kundi Merah SagaAdat
Putik nanas bunga cempaka, Ketiga dengan bunga kenanga; Tuan emas saya tembaga, Manakan boleh duduk bersama.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas