[kha.tam] | ختم
Definisi : 1. sl cincin meterai; ~ Sulaiman cincin meterai Nabi Sulaiman; 2. tamat, selesai, habis; ~ kaji a) tamat belajar; b) = ~ Quran = ~ mengaji tamat atau selesai mengaji (membaca) Quran; 3. penghabisan, terakhir, penutup; ~ al-anbia = ~ segala Nabi yg terakhir drpd segala Nabi (iaitu Nabi Muhammad SAW); berkhatam; ~ pengajian (Quran) tamat kajian (bacaan Quran); mengkhatamkan menamatkan (bacaan, kajian, dll): ~ Quran; banyak drpd murid muridnya yg sudah dikhatamkan ditamatkan pengajian mereka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[kha.tam] | ختم
Definisi : tamat atau selesai (mengaji atau membaca Quran): Setelah ~ mengaji Quran, putera itu belajar menunggang kuda dan bermain tombak. berkhatam, = ~ Quran tamat atau selesai belajar atau membaca Quran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)