Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kiamat

Puisi
 

Sipitang batu keramat,
     Tempat orang menjemur padi;
Langit bergulung tanda kiamat,
     Kami tidak mungkirkan janji.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Seperti halilintar membelah bumi.

Bermaksud :

Bunyi (tempikan) yang sangat kuat. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti kiamat bunyinya).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

PantunSumberTema
Banyaklah khabar perkara khabar, Tiada terkhabar hari kiamat; Banyaklah sabar perkara sabar, Tidak sesabar Nabi Muhammad.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kami hendak pergi mengail, Tutup rumah kain kasa; Tsunami ibarat kiamat kecil, Cukup sudah seksa dirasa.Pantun Melayu SarawakAgama
Sipitang batu keramat, Tempat orang menjemur padi; Langit bergulung tanda kiamat, Kami tidak mungkirkan janji.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sayang Cik Amat tukang Kelantan, Kacip besi dengan besi; Kurasa kiamat di dalam badan, Jantung berperang dengan hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Adat Melayu memuliakan umat, Bersangka baik sesama insan; Kuat Melayu hingga kiamat, Pada yang baik ia bertahan.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Pasang pelita berhemat cermat, Supaya minyak tidak tertumpah; Kukenang dinda sampai kiamat, Supaya tidak termakan sumpah.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Selasih berdahan rapuh, Ke situ tupai melompat; Kekasih berjalan jauh. Kutunggu sampai kiamat.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bila orang memarut pisang, Supaya cepat jangan digaduh; Bila abang takut meminang, Sampai kiamat takkan berjodoh.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Orang beradat hemat dan cermat, Bijak menghitung laba dan rugi; Membuang adat umat kiamat, Balak menuntung menimpa negeri.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Mengada-ngada diukurlah tidak, Orang mencermat batang padi; Berpandang ada bertegur tidak, Rasa kiamat di dalam hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas