Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ki.jang] | کيجڠ

Definisi : sj binatang spt rusa tetapi lebih kecil tubuhnya dan tidak panjang tanduknya, Muntiacus muntjac; ~ menjangan berbagai­-bagai jenis kijang (spt rusa, pelanduk, napuh, dll); ~ dirantai dgn rantai emas, jikalau ia lepas, lari juga ia ke hutan prb seseorang itu akan ingat juga negeri asalnya sekalipun senang hidupnya di negeri orang; dapat ~ teruit prb mendapat keuntungan (faedah) dgn tiada ber­susah payah; spt ~ lepas ke rimba prb orang yg telah kembali ke tempat asalnya dan sukar dijumpai lagi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ki.jang] | کيجڠ

Definisi : nama sj binatang yg seakan-akan rusa rupanya tetapi lebih kecil dan tanduknya tidak panjang, Cervulus muntjac. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kijang

Puisi
 

Kijang kuning di tengah belukar,
     Disalak mari anjing Belanda;
Meski di dalam padang terbakar,
     Adik seorang aku tak lupa.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Dapat kijang teruit.

Bermaksud :

Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dapat durian runtuh, b. Dapat harta karun, c. Dapat harta timbul, d. Dapat tebu rebah). teruit = tersangkut kaki atau tanduk pada akar atau belukar.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Pantun

PantunSumberTema
Niat hati menjerat kijang, Kijang sudah mati terbunuh; Hajat hati memikat abang, Abang sudah pergi menjauh.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Petang-petang kijang berjalan, Kijang mencari daun lana; Petang-petang bujang berjalan, Bujang nak cari anak teruna.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kijang kuning di tengah belukar, Disalak mari anjing Belanda; Meski di dalam padang terbakar, Adik seorang aku tak lupa.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak kijang menelan bara, Tupai terkencing di pintu sarang; Anak bujang dan anak dara, Bagai kucing menunggu panggang.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Anak kijang mula berdiri, Jatuh terlentang disengat lebah; Awak pincang bawa berlari, Bumi terbentang senget sebelah.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Yang lari kijang, Yang dipelelah rusa; Yang dicari bujang, Yang menyerah duda.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Berlari bukannya kijang, Pandan terjemur di bumbungan; Berbunyi bukannya riang, Badan terkenang di peruntungan.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Lentik sungguh pipi kijang, Anak rusa minum di mangkuk; Adik kecil dadanya bidang, Tempat abang bersandar mabuk.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Aur lentik dijinak kijang, Anak Jawa minum di mangkuk; Keningnya lentik dadanya bidang, Anak muda dipanah mabuk.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sejak terlanda ke kaki kijang, Banyaklah kandis gugur malam; Sejak janda berlaki kan bujang, Banyak gadis tak tidur malam.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
1234

Kembali ke atas