Kok den tapa burung den tapa, Terbang anaknya si kenari; Kok marah ibunya bapa, Kampung kok banyak tempat berlari. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Kok jadi anak ke ladang, Tentukan jagung ditungalkan; Senang tandan melurut; Kok jadi anak berdagang, Tentu kampung dihunikan, Senang mande menurut. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Lah begini terangnya hari, Seorang kok tidak nak menumbuk, Orang kok tidak nan memujuk, Oranglah mati semuanya. Orang berpadi semuanya; Begini rusuhnya hati, | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Orang Padang lalu berempat, Kok koyak tepi kainnya; Nan hilang tidakkan dapat, Cari nan lain kan gantinya. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Tembilang tepi batangi, Tembilang elok tampuknya; Kok nan hilang boleh diganti, Nan hilang elok lagi bangsanya. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Kalau jeruju bandar Siam, Siang-sianglah kok padi; Kalau beralih tempat diam, Ulang-ulang mandi kini. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Sarang tempua di Kelumpang, Berisi ular tampung hari; Kok nak bersua sama seorang, Datang ke ladang tengah hari. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Daun si balik-balik angin, Kan bagesu jo dulang-dulang; Kok diram di bukit anak berangin, Tidak terkenang berbalik pulang. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Menumbuk orang di Kampung Atar, Tembulat mengejut ayam; Biar dulu kok terlantar, Di mana boleh sama dalam. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Kampung Jambak menyisir rimba, Di balik kampung Mandaling; Sedang dusanak lagi tak hiba, Konon kok orang berkeliling. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |