Kokok ayam sahut-menyahut, Kokok mari di malam hari; Anak laut pulang ke laut, Tempat bermain setiap hari. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Ayam bagung kokok berdencang, Disambar helang patahlah kepak; Dalam bingung duduk mengerang, Disabarkan orang usah menolak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Hari hampir dinihari, Kokok ayam ganti-berganti; Aku duduk seorang diri, Air mata gugur kanan kiri. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Ayam ini ayam delidau, Kokok mari atas pagar; Kalau tak boleh muda sesurau, Tujuh guru saya belajar. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau cik tuan selasih dani, Ayam kokok Tanjung Jati; Kalau cik tuan kasihkan kami, Hulurkan rokok dengan api. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Pohon senduduk pohon serai, Pohon senduduk buat pedati; Dengar kokok berderai-derai, Melihat ekor bergelumang tahi. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Pucuk bayam pucuk meranti, Pucuk mengkira di dalam dulang; Kokok ayam abang tak henti, Murai membaca turunlah pulang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Ada satu anak orang, Hari-hari main perahu; Sungguhpun jalak ayam sabungan, Kokok jalak serba tahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Ambil galah pelepah jantung, Pucuk bayam pucuk meranti; Kalau kita berkira pantun, Kokok ayam abang tak henti. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |