Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kolam[

Puisi
 

Pokok rambutan tepi kolam,
     Buah dipetik hari-hari;
Intan manikam berselang nilam,
     Cahaya melimpah dalam negeri.


Lihat selanjutnya...(30)
Peribahasa

Melukah ikan dalam panai.

Bermaksud :

Menganiaya orang yang sangat rapat dengan kita. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Melakak kucing di dapur, b. Memukul kucing di dapur). panai = kolam kecil biasanya di depan perkarangan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

PantunSumberTema
Encik Akop menggali kolam, Delima batu dipenggal-penggal; Kalau dah sanggup jadi Islam, Lima waktu jangan ditinggal.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Pokok rambutan tepi kolam, Buah dipetik hari-hari; Intan manikam berselang nilam, Cahaya melimpah dalam negeri.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Orang menjala tepi kolam, Dapat ikan sebesar jari; Bukan salah kain disulam, Kerana benang warnanya mati.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Cabut rumput di tepi kolam, Tempat budak bermain-main; Rambut di kepala sama hitam, Hati di dalam lain-lain.Pantun Melayu SarawakNasihat
Batang nyiur di tepi kolam, Di sana bayan berdiam diri; Orang ditegur bermuka masam, Kasih kusimpan di dalam hati.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Limau anum campak di kolam, Ranting terletak di tepi bukit; Harimau mengaum tidak menerkam, Anjing menyalak tidak menggigit.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Tumbuh betung di tepi kolam, Kolamnya elok airnya bening; Sungguh untung berlaki hitam, Hitamnya elok menjaga maling.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Pacu kuda di tepi kolam, Rasa kendur baik direnggang; Sungguh ada senjata tajam, Tidak kupotong sebarang bawang.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Mandi kuda di tepi kolam, Sudah mandi bawa pulang; Sungguh ada senjata tajam, Mahu dihiris daging dan tulang.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Duduk bermain di tepi kolam, Ada juga memasang lukah; Kita bertunang selama enam bulan, Lepas itu bolehlah menikah.Kurik Kundi Merah SagaAdat
1234

Kembali ke atas